Ada orang dah solat berpuluh tahun,
tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang
buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh
itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita
sebut sewaktu kita solat.

Video Panduan Praktikal Solat/Sembahyang
Dim lights Embed
Program
Mudahnya Solat bimbingan Ustaz Wan Shohor Bani Leman
Takbiratul-Ihram
/ Takbir
Allah Maha Besar.
Doa
Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji
bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku
hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus
dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya
solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan
bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah
lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha
pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah
yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah
kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka
yang sesat.
Bacaan
ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar
dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan
ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang
memujinya.
Bacaan
ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah
segala pujian.
Bacaan
ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi
dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan
ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan
rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah
aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan
ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat
solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat
Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah
yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami,
selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan
ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat
solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat
Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah
yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami,
selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau
selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas
Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan
atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung.
Doa
Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku
apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala
kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang
menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada
Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak
mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan
kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji
terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat
kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera
keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta
rahmat Allah.
No comments:
Post a Comment