Wednesday, June 6, 2012

:: Ciri-ciri Solat Sempurna ::


Apa yang dimaksudkan dengan solat yang sempurna?


Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan. ciri-ciri solat yang sempurna ialah;

1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-.

2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma’ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).
3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran.
4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.
5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.



Apa hukum mengetahui kaifiyat solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-? Bagaimana caranya?



Hukumnya adalah wajib kerana Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda (dalam bentuk perintah); “Kerjakanlah solat sama sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat”. (Riwayat Imam al-Bukhari dari Malik bin al-Huwairith –radhiyallahu ‘anhu-)



Untuk mengetahui kaifiyat solat Nabi, caranya ialah melalui riwayat-riwayat yang soheh dari para sahabat yang menceritakan bagaimana Nabi mengerjakan solat bermula dari niat dan takbiratul-ihram hinggalah kepada memberi salam.



Apa persediaan yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat?



1. Bersih dari hadas dan najis.

2. Memakai pakaian menutup aurat

3. Memastikan telah masuk waktu jika solat yang hendak dikerjakan itu solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu seperti dhuha atau sebagainya.
4. Memastikan arah qiblat.
5. Persediaan batiniyah; iaitu melapangkan hati dan akal fikiran dari segala urusan dunia dan memberi tumpuan kepada solat sahaja.



Apa akibatnya jika solat tidak dilakukan dengan sempurna?


Menyebabkan solat tidak sah jika yang tidak disempurnakan itu adalah perkara rukun dan hilang pahala jika yang tidak disempurnakan itu perkara sunat. Di dalam sebuah hadis, Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Suatu hari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- berada di dalam masjid. Masuk seorang lelaki, lalu mengerjakan solat. Kemudian ia datang kepada baginda dan memberi salam. Setelah menjawab salamnya, baginda berkata kepadanya; ‘Ulangi semula solat kamu. Sesungguhnya kamu belum mengerjakan solat’…” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa solat yang dilakukan tanpa memenuhi rukun-rukunnya sama seperti tidak melakukannya, kerana itu disuruh oleh Nabi supaya mengulanginya semula.

Bagaimana untuk solat

Rahsia pergerakan dalam solat kepada kesihatan fizikalOleh Azman Mahmood SETIAP umat Islam diwajibkan menunaikan ibadat solat manakala yang belum mencapai baligh diwajibkan tanggungjawab ke atas ibu bapa mendidik dan mengajar anak mengenai solat mengikut peraturan yang ditetapkan. Yang pasti solat adalah ibadat fardu pertama dalam syariat semua anbia sejak Nabi pertama Adam AS sehinggalah peristiwa Israk Mikraj apabila Allah SWT memerintah solat wajib lima waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ia berkekalan sehingga hari ini yang diamalkan umat Islam di muka bumi ini. Seperti dalam ajaran Islam, solat adalah tiang agama dan tanpanya umat Islam tempang dari segi akidah tauhid sebagai pembuktian ketaatan kepada Allah. Namun, suatu yang pasti setiap umat Islam yang menunaikan solat sama ada solat wajib dan sunat, jika dilakukannya dengan penuh khu-syuk, akan dapat rasai ketenangan yang sukar dicari atau dibandingkan dengan gerak kerja lain. Tidak keterlaluan jika solat sebenarnya mempunyai seni tersendiri di samping 1001 rahsia yang belum dirungkai sepenuhnya, kecuali kita mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam. Pastinya ada rahsia kerana ketenangan dapat dirasai apabila kita mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk. Pergerakan rukun dalam solat yang membabitkan angkat tangan ketika niat, takbirratullihram, sujud, rukuk, duduk iktidal sehingga memberi salam sebenarnya mempunyai rahsia tersendiri seperti satu senaman ringan. Keistimewaan pergerakan solat inilah mencetuskan minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) membuat kajian saintifik untuk melihat hikmahnya dari segi kesan kepada kesihatan kerana ia (solat) suatu aktiviti fizikal unik. Antara hasil kajian secara saintifik terhadap solat paling menarik ialah kemampuan memulihkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk yang amat ditakuti oleh lelaki. Kajian itu diketuai Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM, Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Prof Dr Wan Abu Bakar Wan Abbas, Prof Dr Wan Azman Wan Abu Bakar dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM). Kajian itu juga dibuat hasil cetusan pemikiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2005 supaya melihat dan mengkaji dari sudut saintifik mengenai solat. Masalah mati pucuk antara penyakit yang menghantui 40 peratus lelaki di seluruh dunia berusia 40 tahun ke atas dan menerusi perubatan moden, kelemahan zakar berfungsi dengan baik hanya dengan pengambilan pil seperti viagra atau ubat tradisional seperti makjum. Menurut Prof Madya Fatimah, hasil kajian biokejuteraan sains solat yang dilakukan pasukannya penyelidiknya dapat membuktikan masalah mati pucuk boleh diatasi dengan menunaikan solat. Katanya, keputusan itu diperoleh menerusi kajian yang dijalankan ke atas dua pesakit yang menjalani terapi solat selama sebulan yang didapati tahap kelemahan zakar berjaya dipulihkan dengan memberangsangkan berbanding sebelumnya. Beliau berkata, terapi solat itu memerlukan seorang pesakit mengerjakan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan selama setengah jam dan dilakukan tiga kali seminggu


Oleh Azman Mahmood
SETIAP umat Islam diwajibkan menunaikan ibadat solat manakala yang belum mencapai baligh diwajibkan tanggungjawab ke atas ibu bapa mendidik dan mengajar anak mengenai solat mengikut peraturan yang ditetapkan.

Yang pasti solat adalah ibadat fardu pertama dalam syariat semua anbia sejak Nabi pertama Adam AS sehinggalah peristiwa Israk Mikraj apabila Allah SWT memerintah solat wajib lima waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ia berkekalan sehingga hari ini yang diamalkan umat Islam di muka bumi ini.

Seperti dalam ajaran Islam, solat adalah tiang agama dan tanpanya umat Islam tempang dari segi akidah tauhid sebagai pembuktian ketaatan kepada Allah.
Namun, suatu yang pasti setiap umat Islam yang menunaikan solat sama ada solat wajib dan sunat, jika dilakukannya dengan penuh khu-syuk, akan dapat rasai ketenangan yang sukar dicari atau dibandingkan dengan gerak kerja lain.

Tidak keterlaluan jika solat sebenarnya mempunyai seni tersendiri di samping 1001 rahsia yang belum dirungkai sepenuhnya, kecuali kita mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam. Pastinya ada rahsia kerana ketenangan dapat dirasai apabila kita mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk.

Pergerakan rukun dalam solat yang membabitkan angkat tangan ketika niat, takbirratullihram, sujud, rukuk, duduk iktidal sehingga memberi salam sebenarnya mempunyai rahsia tersendiri seperti satu senaman ringan. Keistimewaan pergerakan solat inilah mencetuskan minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) membuat kajian saintifik untuk melihat hikmahnya dari segi kesan kepada kesihatan kerana ia (solat) suatu aktiviti fizikal unik.
Antara hasil kajian secara saintifik terhadap solat paling menarik ialah kemampuan memulihkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk yang amat ditakuti oleh lelaki. Kajian itu diketuai Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM, Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Prof Dr Wan Abu Bakar Wan Abbas, Prof Dr Wan Azman Wan Abu Bakar dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM). Kajian itu juga dibuat hasil cetusan pemikiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2005 supaya melihat dan mengkaji dari sudut saintifik mengenai solat.

Masalah mati pucuk antara penyakit yang menghantui 40 peratus lelaki di seluruh dunia berusia 40 tahun ke atas dan menerusi perubatan moden, kelemahan zakar berfungsi dengan baik hanya dengan pengambilan pil seperti viagra atau ubat tradisional seperti makjum.

Menurut Prof Madya Fatimah, hasil kajian biokejuteraan sains solat yang dilakukan pasukannya penyelidiknya dapat membuktikan masalah mati pucuk boleh diatasi dengan menunaikan solat.

Katanya, keputusan itu diperoleh menerusi kajian yang dijalankan ke atas dua pesakit yang menjalani terapi solat selama sebulan yang didapati tahap kelemahan zakar berjaya dipulihkan dengan memberangsangkan berbanding sebelumnya.
Beliau berkata, terapi solat itu memerlukan seorang pesakit mengerjakan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan selama setengah jam dan dilakukan tiga kali seminggu

Friday, June 1, 2012

PRAKTIKAL SOLAT


Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Description: Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat

Video Panduan Praktikal Solat/Sembahyang
Dim lights Embed
Program Mudahnya Solat bimbingan Ustaz Wan Shohor Bani Leman

Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

DEFINASI SOLAT


Kata solat berasal dari bahasa Arab yang bererti doa. Perkataan solat dalam Bahasa Arab bererti doa memohon kebajikan dan pujian, sedangkan secara hakikat mengandungi Definisi, berhadap hati (jiwa) kepada Allah dan mendatangkan takut kepada-Nya, serta menumbuhkan di dalam jiwa rasa keagungan, kebesaran dan kesempurnan kuasa-Nya.
Menurut istilah fiqh solat adalah bentuk ibadah yang terdiri atas gerakan-gerakan, ucapan-ucapan, yang bermula dengan takbiratul ikram dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Pelaksanaan solat hukumnya wajib bagi setiap muslim dan muslimah sehari semalam lima waktu, iaitu zuhur, asar, maghrib, isya, dan subuh yang kelimanya disebut solat fardu.
Disamping solat lima waktu, diwajibkan pula kepada setiap muslim bersolat Jumaat iaitu solat berjemaah yang dilakukan pada waktu zuhur dua rakaat atau didahului dengan khutbah. Disamping itu ada pula solat-solat sunat seperti solat sunat rawatib, solat Aidil Fitri, Solat Eidul Adha, solat Dhuha dan lain-lain.
Solat bagi orang yang sedang berada di perjalanan atau musafir dilakukan dengan cara jamak dan qasar. Solat bagi orang yang sakit dilakukan dengan cara duduk atau berbaring sesuai dengan kemampuan. Solat dalam kenderaan dilakukan dengan cara duduk di atas tempat duduk di atas kenderaan, rukuk dan sujud dilakukan sebagaimana orang sakit. Apabila arah kiblat diketahui maka pada saat takbiratul ihram badan dan kedua tangan diarahkan kea rah kiblat, selanjutnya menghadap ke arah kenderaan melaju. Apabila tidak diketahui solat dilaksanakan ke arah mana sahaja arah kenderaan.
Solat merupakan kewajipan muslim yang tidak pernah gugur sepanjang akal sehatnya. Sembahyang dilakukan baik dalam keadaan sakit, di perjalanan maupun dalam ketakutan atau perang.